Bahan-bahan utama: (hidangan utk 2 org)
·
2 ekor ikan kembung- diperap bersama garam & kunyit seketika &
dibakar
·
2 biji tomato
·
1/2 labu bawang besar
·
10 cili padi * di potong dadu/ di kisar
·
1 Cili merah
·
1/2 cawan air asam jawa
·
2 sudu besar gula
·
jus limau kasturi/limau nipis -2 biji
·
1 inci belacan(sebesar ibu jari) yang dibakar
·
garam (secukup rasa)
·
Belacan (sebesar ibu jari) - bakar dulu.
Cara-cara
1. Tumbuk cili api, cili merah dan belacan hingga hancur.
2. Bawang besar & tomato - potong dadu.
3. Campurkan
semua bahan-bahan tumbuk dan no (2) dalam satu
mangkuk . Masukkan air asam jawa &
gaul sehingga sebati. Rasa pedas,masam,
manis & masinnya sesedap rasa.
4.
Kemudian masukkan garam secukup rasa. Dah boleh
makan..
5.
Simpan dlm peti ais & hidangkan semasa hendak makan, coz air
asam ni lebih sedap jika di sediakan lebih awal bagi memberi rasa yang lebih
sebati.
p/s : Air asam ini boleh dihidangkan secara berasingan .

Cheqah Rosdiey
25 thn
kota bharu
married









No comments:
Post a Comment