Ikan Bakar & Air Asam Tomato





Bahan-bahan utama: (hidangan utk 2 org)

·         2 ekor ikan kembung- diperap bersama garam & kunyit seketika & dibakar
·         2 biji tomato
·         1/2 labu bawang besar
·         10 cili padi * di potong dadu/ di kisar
·         1 Cili merah
·         1/2 cawan air asam jawa
·         2 sudu besar gula 
·         jus limau kasturi/limau nipis -2 biji
·         1 inci belacan(sebesar ibu jari)  yang dibakar
·         garam (secukup rasa)
·         Belacan (sebesar ibu jari) - bakar dulu.


Cara-cara

1.      Tumbuk cili api, cili merah dan belacan hingga hancur.
2.      Bawang besar & tomato - potong dadu.
3.      Campurkan semua bahan-bahan tumbuk dan no (2) dalam satu mangkuk . Masukkan air asam jawa   & gaul sehingga sebati.  Rasa pedas,masam, manis & masinnya sesedap rasa.
4.      Kemudian masukkan garam secukup rasa. Dah boleh makan..
5.      Simpan dlm peti ais & hidangkan semasa hendak makan, coz air asam ni lebih sedap jika di sediakan lebih awal bagi memberi rasa yang lebih sebati.




p/s : Air asam ini boleh dihidangkan secara berasingan .

RESEPI AYAM PAPRIK


AYAM PAPRIK

Bahan-bahannya:
4 ketul ayam - dihiris kecil
1 biji tomato
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dibelah dua dan dihiris bulat kasar
1 biji cili merah - dihiris serong
11 biji cili api - dipecah-pecahkan aje
2 helai daun limau purut - disiat-siat
bunga kobis - dihiris kecil
2 biji putik jagung - dihiris serong
1/2 biji karot - dihiris serong
2 biji kacang panjang - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
2 sudu makan cili sos
2 sudu makan tomato sos
1 sudu makan sos tiram 1
garam
1 cawan air


Cara-caranya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan semua sos. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan isi ayam. Kacau rata hingga isi ayam layu.
  5. Masukkan air. Masak hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
  7. Masukkan semua bahan hiris dan tomato.Kacau rata. Masak hingga sayur empuk. (Kalau kuahnya pekat sangat, boleh tambah sedikit lagi air).
  8. Tutup api dan hidangkan.



coretan ikhlas,

RESEPI GULAI TELUR


GULAI TELUR


 Bahan-bahan:

6 biji telur
 2 1/2 cawan santan
1.5 cm lengkuas } diketuk
1-2 sudu besar cili kering kisar 
5 ulas bawang merah }
1 ulas bawang putih } dikisar/tumbuk
1.5 cm halia }
1.5 cm kunyit hidup @ kunyit debu
1 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara membuat:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan (kecuali telur) kedlm periuk, biarkan ianya mendidih.
2. Perlahankan api kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji perlahan-lahan.
3. Seeloknya pecahkan telur dlm piring dulu, kot2 ada darah ke boleh buang
4. Biarkan mendidih seketika bolehlah dihidangkan 














coretan ikhlas,

Nasi Ayam Goreng Madu simple






REBUSAN AYAM

Rebus ayam hingga empuk dan Sejatkan.( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 51/2 cwn air) dan sedikit garam


NASI AYAM
4 cawan beras (saya guna beras siam)
5 1/2 cawan air rebusan ayam tadi(kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
2 sudu besar butter
4 ulas bawang putih - di hiris
1 inci halia - di hiris
4 btng serai- di ketuk
3 sudu besar minyak

Cara-cara :
1. Basuh beras, pastu toskan. Ketepikan.
2. Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
4. Masukkan 1/2 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.

AYAM GORENG MADU
1 ekor ayam- di potong 4 - selebihnya di cincang utk buat sup
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato

Cara-cara :
1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut.(Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.
***lebihan perap ayam madu jgn buang

SUP AYAM MUDAH
Ayam yang telah dipotong kecil2(bahagian yg lebih/tulang ayam)
2 biji kentang= di potong dadu besar
1 btng carrot- di potong kecil
Daun sup/daun bawang dan bawang goreng secukupnya
Sup bunjut
2 ulas bawang putih(hiris)
2 ulas bawang merah(hiris)
1" halia(hiris)
Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga
1 kiub pati ayam
Air secukupnya dlm 4 cwn
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air dan sup bunjut.
2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.


coretan ikhlas,


Sayur Goreng campur


Sayur Goreng Campur

Bahan -bahan
Karot
Kobis bunga
Sawi
3 - 4 ulas bawang putih tumbuk halus
bawang besar ( dihiris halus)
4 ekor udang segar  @ ayam di potong kecil
2 sudu besar sos tiram
cili merah- dihiris
garam
gula
sedikit minyak

Cara membuatnya…
1. Sayuran di bersihkan dan kemudian dipotong.
2, Tumis bawang putih, bawang besar , cili merah hingga wangi kemudian masukkan udang, sos tiram.
3. Kemudian masukkan sayur yg keras dahulu seperti karot di ikuti sayur hijau atau sayur lembut.
4. Boleh masukkan sedikit air jika terlalu kering..
5. Masukkan sedikit garam dan gula kemudian  rasa dan jika sayur dah masak bolehlah angkat dan dihidangkan…


note** sayur jgn terlalu lama semasa memasaknya…. nanti zat hilang dan rasanya kurang sedap kerana lerlalu layu…


coretan ikhlas,

DIARI HAMIL : CHECKLIST BARANGAN KEPERLUAN SI MANJA


.....Assalamualaikum....
Siapa kat sini akan jadi "Mummy to be"??
Angkat tangan !!!pless...
saya nak share dengan uols checklist barangan keperluan untuk si manja  sebelum menyambut bayi baru lahir terutama kepada mummy yang first time jadi mommy macam saya ni hah!!
Untuk Checklist yang lebih lengkap, lihat bawah :-
Untuk Ibu
1) Kad Lawatan Hospital/Kad Merah
2) Kad Pengenalan
3) Telefon Bimbit
4) Baju/Blouses -5
5) Stokin - 2
6) Kain Batik -3
7) Baju/Seluar Dalam - 5
8) Skaf Kepala/Ki - 2
9) Peralatan Mandi (Pencuci Muka, Berus Gigi, Ubat Gigi)
10) Majalah/Buku
11) Tuala Mandi
12) Maternity Pad/Pad Biasa - 1 pek
13) Tuala Muka - 1
14) Selipar -1
15) Kamera
16) Air/Minyak Selusuh
17) Minyak Angin
18) Air Zam Zam
19) Makanan/Minuman (Air Masak/Susu/Milo/Horlicks, Buah Kurma, Biskut, Roti)
20) Termos Air Panas
21) Bag Plastik
22) Baju Sejuk (Sweater) -1
23) Sikat -1
24) Breast Pad - 4
25) Nursing Bra - 4

Untuk Bayi
1) Baby Diapers - 6
2) Baju - 3
3) Minyak Telon - 1
4) Baby Wipes/Wet Tissue
5) Tuala Mandi - 1
6) Stokin/Sarung Tangan Bayi - 4
7) Peralatan Mandi
8) Selimut/Bedung - 3
9) Barut - 5
10) Topi - 1
Keperluan Berpantang - Berpantang (Untuk Ibu)
1) Jamu/Set Lepas Bersalin
2) Stokin
3) Baju Sejuk
4) Tungku
5) Selimut
6) Selipar
7) Buku/Majalah
8) Kain Batik
9) Bengkung/Barut
10) Maternity Pad/Pad Biasa
11) Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12) Kerusi Toilet (Perlu Kalau Tandas Cangkung di Rumah)
13) Minyak Angin/Urut
14) Makanan/Minuman (Air Masak, Susu, Buah-buahan Segar, Ribena, Prune, Biskut, Roti)
Baby Gear
1) Baju- Lengan Pendek - 8
2) Baju- Lengan Panjang - 6
3) Romper - 2
4) Seluar- Pendek - 8
5) Seluar- Panjang - 6
6) Sarung Tangan - 5
7) Sarung kaki - 5
8) Baby Bip - 2
9) Sapu Tangan - 3
10) Barut - 10
11) Topi
Diapering
1) Napkin - 1 pek
2) Lampin Pakai Buang - 2 pek
3) Diaper Wipes - 2 pek
4) Safety Pin
5) Changing Mat
6) Nappy Liner
7) Berus Lampin
8) Baldi Untuk Napkin
9) Beg Untuk Diapers
10) Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi
(saya menggunakan jenama pureen)
Baby Care & Grooming
1) Bedak Bayi
2) Losyen Bayi
3) Minyak Bayi (Baby Oil)
4) Tisu
5) Sikat
6) Putik Kapas (Cotton Bud)
7) Pengepit Kuku (Nail Clipper)
8) Nasal Aspirator (untuk selsema)
9) Methylated Spirit – alcohol 70% - cuci pusat sebelum luruh -(biasa dibekal oleh pihak hospital)
10) Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
11) Termometer
12) Vicks
13) Minyak Telon
14) Syringe for Medicine
15) Cotton Balls
Nursering
1) Selimut
2) Bedding set
3) Play Pen / Katil Bayi
4) Mainan untuk Play Pen / Katil
5) Kelambu
6) Bakul Baju Kotor
7) Bakul Baby (Simpan Baby Gear)
8) Bakul Baby (Simpan Baby Care)

Feeding
1) Botol saiz S - 2
2) Puting Botol Susu - 2
3) Bottle Sterilizer
4) Berus Pembersih Botol
5) Penyepit Botol
6) Sterilising Tablet
7) Nipple Cream
8) Nursing Pad Washable - 2
9) Nursing Pad Disposal - 1 kotak
10) Breast Pump
11) Nursing Pillow
12) Nursing Bra
13) Termos

Travelling
1) Beg Bayi
2) Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
3) MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
4) Infant Carrier

Bathing
1) Tuala
2) Besen Mandi
3) Syampu
4) Sabun Mandi
5) Span
6) Gayung
Extra
1) Penyangkut Baju Berklip
2) Permainan Bermuzik
3) Bumbo Seat
4) Baby Gym
5) Stroller / Jogger
6) Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7) Car seat
8) Album
9) Beg Bayi
10) Baby Sling
11) Nursing Cover
12) Nursing Clothes / Wear
coretan ikhlas,

 

BLOG INI MILIKCHEQAH ROSDIEY